My Fantasy Story

Friday 14 December 2012

Jika Benar

Jika Benar
Hak Milik: A.AZMI

Kau mengucapkan kalimah cinta padaku,
Namun dikau tidak mempunyai niat untuk memiliki,
Kerana kau tidak mahu menjanjikan apa-apa,
Kerana ianya tidak pasti lagi.

Sekiranya benarlah kau jodohku,
Kenalilah aku dari mata hatimu,
Bukan melihatku dari kaca matamu,
Kerana aku tidak perlukan perasaan yang palsu belaka.

Sekiranya benarlah kau jodohku,
Aku ingin mengenalimu dari mata hatiku,
Untuk belajar memahamimu,
Seperti mana dikau mempelajari tentang diriku.

Aku hanya wanita biasa,
Mempunyai pelbagai kerenah dan ragam,
Mungkin kita berbeza dari pelbagai aspek,
Namun ku harap kita saling lengkap-melengkapi.

Aku sedar tentang kebenaran antara kita,
Mungkin agak mustahil untuk kau dan aku,                                                     
Namun kita hanya mencuba,
Kerana jodoh tidak mengenal luaran.

Sekiranya benarlah kau jodohku,
Terimalah aku seadanya,
Kerana aku tidak mampu untuk menjadi seperti Saidatina Fatimah,
Tetapi akan ku cuba menjadi yang terbaik dalam hidupmu.


Sekiranya dikau sudah tersilap membuat perhitungan,
Aku tidak sesekali akan memarahimu,
Kerana sudahmu katakan dahulu,
Kita tidak tahu dengan siapa kita telah berjanji dahulu.

Namun apa yang ku pinta,
Undurkanlah dirimu dengan cara yang berhemah,
Agar ku tidak terasa hati,
Kerana aku hanyalah insan biasa.






Dengan siapakah kita telah berjanji untuk
menjadi teman di dunia dan diakhirat kelak???..




No comments:

Post a Comment