My Fantasy Story

My Silver Story

Rahsia Si Pemain Pedang Berkembar

Novelis : Myra Satuka

Episode 1

      "Kak Ros,selepas ini di mana perhentian kita?" tanya Upin kepada kakaknya sambil bermain dengan kucing kesayangannya, Akamaru si kucing gergasi yang didapatinya dari seorang perantau yang pernah diselamatkannya. "Mmm, jap ye Upin. Lupa pulak." Upin menggeleng kepala sambil tersenyum manis. Kak Ros merupakan Ketua Sarkas Pengembaraan Bermula yang sangat garang pada luarannya. Dia dibantu oleh adiknya, Upin selaku pembantunya. Sarkas Pengembaraan Bermula mempunyai ahli utama seramai 6 orang termasuklah mereka adik-beradik.
      "Hehe, sasaran kita selepas ini adalah Daerah H1P4 yang terletak di Negara KMPP."
      "Baiklah,Upin akan bagi tau yang lain ye." Upin keluar dari khemah utama kakaknya menuju ke khemah ahli sarkas yang lain.

      "Hello semua, esok pagi-pagi lagi kita akan bertolak menuju ke Daerah H1P4." Semua ahli utama terkejut apabila mendengarnya. "Upin, bukankah daerah tu..." Belum sempat Aini menghabiskan ayatnya, Upin menyampuk. "Yup, daerah yang meninggalkan kenangan terindah buat Kak Ros. Baiklah, itu saja. Semua pergi tidur dan jangan lewat. Kamu semua taukan apa yang Kak Ros akan buat nanti." Upin keluar sambil terukir senyuman yang menakutkan dibibirnya.
      "Tak rasa ke hari ini Upin menakutkan sepanjang hari," kata Hani kepada yang lain. "Yup, aku pun rasa macam tu, seram la," jawab Ayu. "Ahh, tak da apa-apa la tu. Korang yang rasa macam tu je." Atul beredar meninggalkan mereka semua di situ. "Ishh, dia Atul tu teruk betul la," Hani mencebikkan mukanya. "Alaa, macam la ko tak tau perangai dia memang macam tu, nak buat macam mana." Aini tergelak melihat Hani mencebikkan wajahnya. Tanpa mereka sedari, ada satu kelibat manusia sedang memerhatikan mereka.

KEESOKKAN paginya mereka semua bertolak menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Kak Ros sedang asyik membaca komiknya manakala Upin sedang membelek-belek pedangnya, Pedang Putih. Tiba-tiba kereta kuda yang mereka berdua naiki berhenti. "Macam bunyi orang bertarung je kat luar tu." Upin menyelak tingkap dan pada masa yang sama ada anak panah menuju ke arahnya. Sepantas kilat Upin memotong anak panah tersebut kepada dua. Matanya liar mencari kedudukan si pemanah. "Kak Ros habiskan komik tu dulu ye. Jangan keluar tau." Upin mengunci tingkap itu dan keluar meninggalkan kakaknya sambil tersenyum. Anak gadis itu hanya melihat saja adiknya itu pergi dan menyambung kembali membaca komik.
      "Upin, mereka terlalu ramai," kata Ayu sambil berlawan. Upin mengeluarkan Pedang Putih dari sarungnya dan mula menghayunkannya. "Hani, bawa orang bawahan wanita dan budak kecil ke tempat yang selamat." Hani dengan segera menurut perintah.
      "Ayu, pastikan tiada siapa yang mendekati Kak Ros."
      "Baiklah."
      Pada masa yang sama di dalam kereta kuda, "Hmmm, Upin lambat."Kak Ros mengeluh sambil menyelak ke muka surat yang seterusnya.
      "Lama sudah kita tak berjumpa." Upin terkejut mendengar suara yang sangat dikenalinya itu.
      "Yup, boleh dikatakan 5 tahun jugak la ye..." Upin menoleh ke arah pemilik suara tersebut,"...Kolonel Aiman Si Intan Payung." Pemuda itu tergelak besar apabila Upin menyebut namanya.
      "Tak sangka kita terpaksa bertemu dalam keadaan sedemikian rupa," kata Aiman sambil mata pedangnya menunjuk ke arah Upin. Upin tersenyum sinis. Dalam sekelip mata Upin menepis serangan Aiman yang sangat pantas. "Tak sangka kau dah semakin maju," kata Aiman kepada Upin.Upin hanya tersenyum sambil menyiku pemuda itu pada masa yang sama. Tanpa disedarinya, ada satu kelibat menghampirinya sambil menghayunkan pedang ke arahnya.

BERSAMBUNG...^_^..

***********************************************************

SAMBUNGAN..^_^..

Episode 2

      "Upin, belakang!!!" Jeritan Atul menyedarkan Upin yang dirinya dalam bahaya. 'Habislah' bisik hati kecilnya. Upin dengan segera mengeluarkan Pisau Belati Emas lalu menahan serangan tersebut. Dia terkejut apabila melihat gerangan si penyerang lalu tersenyum sinis.
      "Tak sangka Mejar Erika akan menyerang mangsanya dari belakang," sinis Upin lalu menyerang balas tapi gadis tinggi lampai itu dengan mudah menepis.
      "Keadaan yang menentukan cara serangan kita," balas Erika sambil matanya liar mencari titik kelemahan Upin.
      "Erika, kenapa lambat sangat," marah Aiman dengan suara yang lantang.
      "Maaf, ada pengacau yang mengacau tadi," balas Erika sambil menjeling Atul yang terbungkam di atas tanah.
      "Aik Aiman, takut satu lawan satu ke," sinis Upin. Aiman memandang Upin dengan pandangan yang menggerunkan. Upin tersenyum melihat gelagatnya. 'Aiman seorang senang je tapi kalau dia bergabung dengan Erika masalah ni' bisiknya Upin pada dirinya sendiri.
      "Erika, tak sangka kau akan berpaling tadah," kata Upin sambil menahan serangan dari Erika. Erika hanya membisu sahaja. Pada masa yang sama Aiman menyerangnya. Kedua-dua lawannya itu menyerang serentak menyukarkannya untuk membuat serangan balas. Aini yang melihat situasi itu datang untuk membantu tetapi dihalang oleh tentera yang lain.
      "Upin, hari ni tamatlah riwayat kau," kata Aiman sambil matanya memberi isyarat kepada Erika untuk membuat serangan dari belakang semasa dia membuat serangan dari hadapan.

      Pada masa yang sama, Hani yang telah selesai menjalankan tugas segera membawa Atul ke kawasan yang selamat. "Atul, bertahan la ye." Hani membalut luka Atul sambil anak matanya liar mengawasi sekeliling. Ayu yang ditugaskan untuk melindungi Kak Ros menghadapi kesukaran kerana semakin ramai yang datang menyerangnya.
      " Ayu, anak panah!!!" jerit Aini dari jauh. Ayu tidak sempat mengelak lalu terkena kaki kanannya. Ayu tidak mampu bergerak kerana seluruh badannya lumpuh. 'Panah beracun' bisiknya kegeraman. Pihak musuh mengambil kesempatan untuk menyerang kereta kuda yang dinaiki Kak Ros.
      Upin yang melihat keadaan itu cuba untuk memboloskan dirinya daripada Aiman dan Erika namun gagal.
      "Matilah kamu dua beradik hari ni," kata Erika dengan gembira. Aiman dan Erika memulakan serangan mereka tetapi gagal kerana Upin mematikan langkah mereka namun begitu Upin terluka akibat serangan hendap si pemanah yang entah dari mana datangnya.
      "Hahahahaha, kau kalah." Aiman gelak besar apabila rancangannya berjaya. Upin yang terkena panah beracun sama seperti Ayu cuba untuk bangkit tetapi gagal. Aiman mengambil Pisau Belati Emas milik Upin lalu berkata dengan girang, "Hari ini kau akan menikam tuan kau sendiri."
      "Hai, lama tak jumpa." Aiman terkejut mendengar suara yang amat dikenalinya itu lalu dengan segera dia menoleh kebelakang dan terlihat Erika bersama pengikutnya yang lain pengsan. Pengikut-pengikut Upin pula menghilangkan diri. 'Tak kan Upin pun', dengan segera dia menoleh kembali ke arah Upin. Jangkaannya betul, Upin telah lesap. Dia memandang sekeliling mencari tuan punya suara itu. "Hei, mana kau menyorok. Keluarlah kalau kau berani." Jerit Aiman dengan perasaan yang teramat marah.

BERSAMBUNG..^_^..

***********************************************************

SAMBUNGAN..^_^..

EPISODE 3

      "Kolonel Aiman Si Intan Payung, bagaimana adik-beradik Mahkota Agong boleh terlepas!!!" Tengking Shafirul, Raja Houka iaitu salah seorang pemerintah berlima Negara KMPP.
     Negara KMPP merupakan sebuah negara yang sangat besar. Negara KMPP terbahagi kepada lima buah negeri iaitu Hikari, Houka, Mizu, Fuzei dan Tsuchi. Setiap negeri diperintah oleh seorang raja. Kerajaan Negara KMPP diketuai oleh Raja Takhta Agong yang juga merupakan raja kepada Negeri Hikari.
      "Maafkan patik tuanku, patik berjanji akan menangkap kedua Mahkota dengan kadar yang segera," kata Aiman sambil menundukkan kepalanya. Safirul bangkit menghampiri Aiman lalu berbisik, "Adakah Raja Selatan Azuan masuk campur semalam?" soal Shafirul. "Hamba kurang pasti tuanku," balas Aiman lemah.
      "Baiklah, semua bersurai. Mejar Erika, ikut beta." Perintah Shafirul dengan nada yang teramat marah. Erika mengiringi Shafirul beredar dari Balai Utama Houka.

KICAUAN burung di waktu pagi mengejutkan Upin dari tidurnya. Dia terlihat sekujur tubuh sedang nyenyak tidur di atas kerusi malas sebelahnya. Dia bangun menyelimutkan tubuh itu yang kelihatan kesejukkan.
      "Tuanku tidak patut bangun dari tempat peraduan. Bukankah badan tuanku masih belum pulih sepenuhnya." Dia terkejut apabila disapa oleh seorang wanita yang amat dikenalinya. Wanita itu membawa dulang berisi sarapan dan meletakkannya di atas meja berhampiran.
      "Tidak mengapalah Kanda Imsa, beta pun dah semakin pulih." Upin kembali duduk di atas katilnya.
      "Yela tu, banyak la tuanku punya sihat ye." Marah Imsa dengan nada yang serius. "Mmm...perlukah kanda kejutkan tuanku puteri?" tanya Imsa.
      "Tidak perlulah Kanda Imsa. Mmm...bagaimanakah keadaan mereka berempat?"
      "Mereka tidak apa-apa. Baiklah, kalau dah tak da apa-apa kanda minta diri dulu ye. Kalau perlukan apa-apa, panggil saja kanda. Kanda sedia berkhidmat untuk tuanku yang comel ini." Imsa beredar dari bilik peraduan Upin sambil tersenyum. Upin tergelak mendengar kata-kata Imsa itu.
      "Adakah Putera Mahkota Agong sudah sedar?" tanya Azuan kepada isterinya apabila wanita itu sedang menutup pintu bilik peraduan Upin. "Oh sayang rupanya, terkejut adinda. Tuanku sudah sedar tapi Puteri Mahkota Agong masih beradu." jawab Imsa.
      "Eh, tuanku puteri ada di dalam?" soal Azuan.
      "Ya, semalaman tuanku puteri menunggu tuanku putera sedarkan diri. Baginda kelihatan amat kebimbangan semalam."
      "Macam tu, tak pe lah. Kanda masuk dulu menghadap kedua Mahkota Agong. Mmm...adinda, tidak bolehkah adinda tidak mengacau kerja-kerja dayang. Adinda tahukan kedudukan adinda dalam negeri ini. Adinda sebagai Permaisuri Mizu sepatutnya berkelakuan seperti seorang permaisuri. Adinda faham tak apa yang kanda katakan ini." Azuan mencekak pinggang sambil merenung tepat ke arah isterinya.
      Imsa tersenyum lalu menepuk bahu suaminya itu. "Adinda tahulah sayang. Kanda yang pagi-pagi ni nak berleter kenapa. Ya, adinda...eh bukan..beta, Permaisuri Selatan Imsa dengan ini menurut perintah wahai Raja Selatan Azuan yang banyak songeh." Imsa beredar meninggalkan suaminya itu dengan senyuman lebar.
      Azuan hanya menggelang kepala melihat telatah isterinya itu. Dia kemudiannya mengetuk pintu lalu masuk. Kelihatan Upin sedang menikmati sarapan paginya dengan penuh selera.
      "Selamat pagi tuanku, bagaimana keadaan tuanku sekarang?" sapa Azuan.
      Upin menyambut kedatangan Azuan dengan senyuman manis. "Beta rasa sudah pulih sepenuhnya."
      "Baguslah kalau macam tu."
      "Kanda, terima kasih kerana menyelamatkan beta semalam."
      "Eh, kanda hanya memapah tuanku saja atas perintah tuanku puteri."
      "Tapi kanda yang menyelamatkan kami semua bukan?"
      "Tuanku puteri yang kerjakan semua musuh yang datang," kata Azuan sambil tersenyum.
      "Tak mungkin, kanda Puteri Mahkota Agong sangat lemah tubuhnya. Kanda janganlah bergurau sedemikian rupa," ujar Upin bagaikan tidak percaya apa yang didengarnya.
      "Lemah?" tanya Azuan keharainan."Tak kanlah,semalam elok je baginda berlawan," sambung Azuan.
      Kedua-dua mereka merenung tajam ke arah Kak Ros yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

BERSAMBUNG..^_^..

***********************************************************

2 comments: