My Fantasy Story

Tuesday 30 September 2014

HARI INI AKU MEMAHAMI

Assalammuailaikum..

Hari ini aku sedar akan satu perkara. INGINKAN SESUATU, KORBANKAN SESUATU. Tiada apa yang percuma dalam hidup ini. Mungkin suatu hari nanti, udara yang kita hirup ini pun perlu dibayar kepada manusia, sedangkan Allah memberinya secara percuma. Siapa tahu? Kau tahu? Aku tidak tahu. Tapi kebarangkaliannya ada.

Hari ini aku menerima hakikat yang nyata. PEKERJAAN TIDAK MELAMBANGKAN SIFAT MANUSIA. Manusia tetap manusia. Mana mungkin aku, kau, dia, dan mereka mampu berselindung. Pekerjaan kau tidak mampu menyembunyikan siapa kau yang sebenarnya. Kerana, kita adalah manusia.