My Fantasy Story

Friday 15 April 2011

Teman Sebilik Yang Paling Disayangi..^_^..

Assalammuailaikum..^_^.. 

Inilah penghuni A2.4.9 , Kompel Sri Anggerik, Desa Flora, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang terdiri daripada si ibu iaitu Sakuna, anak sulung ,Hikari, anak tengah, Princess Mia dan yang bongsu bernama Eun Ha. Telah banyak memori yang telah kami ukir bersama dalam diari kehidupan kami sepanjang menghuni rumah kecil ini yang menjadi tempat kami sekeluarga berteduh..^_^..

Sakuna
      Seorang ibu yang penyayang tetapi selalu berleter kalau kami semua melakukan kesalahan. Sakuna meminati Shino tetapi sampai sekarang tidak meluahkannya..^_^..sebab hanya minat, bukan suka.

Hikari
      Seorang yang suka membaca komik pada masa lapang. Kalau dapat baca komik, orang datang pun tidak disedarinya..^_^..otaku betullah..sampai sanggup belajar bahasa Jepun.

Princess Mia
      Suka memasang lagu kuat-kuat sampai orang panggil pun dia tidak dengar. Suka melayari Facebook dan tidak mampu hidup tanpa internet. Selalu dicubit sayang oleh Eun Ha..^_^..

Eun Ha
      Sangat suka akan pelakon Korea yang kacak-kacak. Suka belajar bahasa Korea. Selalu bergaduh sayang dengan Princess Mia..^_^..hari-hari dengar mereka bertelagah..ishh ishh ishh..

Kami sekeluarga hidup bahagia bagaikan cerita dongeng dalam fantasi..^_^..memang sedih untuk berpisah tapi apakan daya..sudah suratan takdir kami akan berpisah untuk meneruskan perjuangan kami..

No comments:

Post a Comment