My Fantasy Story

Saturday 2 April 2011

Memori Milik H1P4..^_^..

Assalammuailaikum..^_^..
      Telah hampir setahun kita bersama di KMPP, banyak memori indah yang telah kita ukir bersama. Dimana ada pertemuan di situ jualah adanya perpisahan. Pertemuan dan perpisahan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun begitu memori yang telah kita semai bersamalah yang menjadi ubat penawar rindu dikala rindu datang bertandang..^_^..
      Secara jujurnya saya katakan yang kamu semua sememangnya teman seperjungan yang terbaik saya ada sepanjang saya berada di KMPP. Saya rasa terhibur bila bersama kamu semua. Bagi saya H1P4 adalah praktikum yang terhebat dalam KMPP. Setiap ahli H1P4 mempunyai karekter yang berbeza membuatkan praktikum menjadi lebih meriah..^_^..

1.Shafirul
      Pada mata saya dia seorang yang sangat malas tapi agak bijak. Selalu ponteng kelas tapi masih mampu bertahan di KMPP. Sekiranya dia bersikap lebih matang, pasti dia akan lebih berjaya.

2.Aiman
      Sekiranya sehari dia tidak buat saya ketawa tanpa henti bukanlah Aiman namanya. Seorang yang ceria dan lawak. Pandai membuat kelas menjadi riuh rendah. Kelas teramat sunyi tanpa kehadirannya. Saya suka kadang-kadang memanggilnya 'INTAN PAYUNG'..^_^..

3.Izat
      Seorang adik yang selalu mengusik. Dia inilah yang memberi gelaran 'KAK ROS' kepada saya. Gelaran yang saya berikan kepadanya ialah 'UPIN'. Seorang ceria dan selalu cakap lepas. Saya terkejut apabila dia mengatakan yang dia suka menonton drama korea. Memang sukar untuk percaya tapi percayalah..^_^..

4.Azuan
      Seorang yang ada rupa sampai kawan saya suruh saya kirim salam..*_*..dia adalah saingan saya yang paling saya kagum. Suka jadikan saya bahan usikan..teruk betul..*_*..

5.Myra
      Inilah saya..^_^..seorang yang gila komik dan anime. Orang kata bila dewasa minat saya terhadap anime dan komik akan hilang tapi bagi saya sebaliknya. Makin menjadi-jadi adalah..^_^..saya suka bermanja dengan Hani. Orang yang suka mengusik teman yang lain dan selalu tertidur dalam kuliah..cuba teka siapa.. siapalah lagi kalau bukan saya..^_^..tapi saya pula yang jadi bahan usikan Wan sebab suka tertidur dalam kuliah..*_*..

6.Atul
      Seorang yang gila Suju. Kalau hendak tahu dialah pembekal cerita korea pada saya dan Tyra..^_^..dan dia tidak suka ada orang lain rapat dengan teman yang dia suka. Kadang-kadang dia suka tidak suka orang lain. Nmaun begitu dia amat comel apabila ketawa dan jarang mengusik orang. Tapi bila dia mengusik memang menjadi..^_^..teringat dia usik Tyra di bilik tutor masa Chemfriend.

7.Aini
      Saya suka tengok matanya yang bulat. Suaranya bagaikan ahli politik apabila membuat ucapan awam. Dialah bendahari H1P4. Siapa yang mengelat membayar duit kelas akan dicarinya sampai ke lubang cacing..^_^..tiada siapa dapat lari dari cengkamannya.

8.Hani
      Seorang yang berbadan tegap dan tinggi macam anggota polis. Sangat comel orangnya apabila memakai selendang. Saya selalu bermanja dengannya. Hobinya pada hari Jumaat jam 4 petang ialah balik rumah. Suka sangat balik rumah..^_^..

9.Ayu
      Orangnya sangat sensetif tapi baik hati. Alangkah bagus sekiranya dia lebih jujur tentang perasaan dia pada orang yang dia sayang..^_^..suka mengajak saya bermain game dalam hensetnya. Saya pun apa lagi..^_^..mainlah.

10.Tyra
      Mula-mula kenal, saya selalu tidak dapat bezakan dia dan Dina..jadi selalu tersalah panggil..*_*..seorang yang sangat comel dan periang. Suka tengok dia berlawan dengan Aiman..sangat lawak. Aiman suka sanagt usik Tyra. Di dalam kelas Tyra dipanggil gelaran Baby..^_^..

11.Ned
      Seorang yang sangat berdedikasi..^_^..inilah dia Pen. Ketua Prak H1P4. Seorang yang sensitif tapi memahami. Suka memberi nasihat yang berguna kepada yang memerlukan. Sangat comel orangnya apabila memakai selendang..

12.Dina
      Bagi saya dia umpama kembar Tyra. Sangat lembut apabila bertutur. Suka tengok dia cekak pinggang marah Aiman..^_^..comel sangat.

13.Fatin
      Seorang yang amat lemah lembut tapi bila bercakap kadang-kadang saya tidak mampu menangkapnya. Orangnya ayu dan bersopan-santun.

14.Erika
      Orangnya sangat tinggi dan berbadab tegap seperti Hani tapi Erika lagi tinggi. Nampak macam ganas tapi sebenarnya kelakar. Sangat spoting orangnya dan suka mengusik.

15.Iejah
      Gadis melayu terakhir rasanya. Caranya berkata-kata, suaranya yang mendayu-dayu dan wajahnya yang comel membuatkan saya suka melihatnya. Ehemmmm..patutlah si dia terpikat.

16.Ipah
      Seorang yang nampak garang tapi tidaklah garang sangat pun. Saya lagi la tidak dapat menangkap apa yang dikatakannya kerana logatnya terlampau pekat bak susu pekat. Namun begitu dia seorang yang yang baik hati.

17.Liza
      Liza yang suka memakai baju serba merah sehingga kadang-kadang saya memanggilnya Mak Ngah. Orangnya putih melepak dan suka mengaku dirinya matang sampai Aiman jadikan bahan usikan.

18.Dayah
      Aduhai..*_*..suaranya tersangatlah perlahan apabila berbicara. Sampai saya suruh dia ulang banyak kali. Orangnya pendiam tapi banyak benda yang menarik yang dikongsinya. Suka menilis cerpen dan saya adalah salah seorang peminatnya. Kalau hendak tahu dia dan saya adalah otaku..^_~..

19.Azra
      Terus terang saya katakan yang saya takut hendak tegurnya pada mulanya kerana dia kelihatan garang. Betullah kata orng jangan menilai orang dari luarannya saja. Saya suka mendengarnya menyanyi dan membaca al-quran..merdu sungguh suaranya..^_^..harap dia berjaya dalam misinya mencapai bintang di langit.

20.Imsa
      Namanya adalah gabungan antara nama ayah dan ibunya. Pasti dalam dunia ini tiada siapa pun yang mempunyai sama nama dengannya. Seorang yang sangat ayu dan lemah-lembut. Suka panggil saya Kak Ros..*_*..

21.Hu
      Kalau orang cakap dia budak sekolah rendah pasti saya percaya..mukanya yang comel mcm budak kecil itu boleh menipu sesiapa saja tentang umur sebenarnya.

22.Yu
      Sejak kebelakangan ini asyik melawa saja. Ehemm..^_^..

      Itulah dia serba sedikit karekter ahli H1P4 yang sangat nakal terutama sekali Aiman. Habis semua orang diusiknya..^_^..dan nampak gayanya gelaran Kak Ros melekat hingga kesudahnya..^_^..
      Sesungguhnya memori ini akan ku simpan sebagai kenangan terindah kita bersama..
..kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan..

No comments:

Post a Comment