My Fantasy Story

Friday 14 December 2012

Masa

Masa
Hak Milik: A.Azmi

Hilang dalam setiap nafasmu,
Hilang dalam setiap langkahmu,
Hilang dalam setiap tangisanmu,
Hilang dalam setiap senyumanmu,
Hilang dalam segala-galanya yang kita lakukan.

Sekiranya ia tidak dihayati,
Maka kewujudannya tidak dapat dihargai,
Sekiranya ia tidak dihargai,
Maka kehadirannya tidak dapat dirasai,
Sekiranya ia tidak dapat dirasai,
Maka tiada manfaat yang dikau dapati.

Sedarlah wahai manusia sekalian,
Masa tidak akan sesekali menunggumu,
Masa juga tidak akan sesekali berpatah balik demi mu,
Sekuat mana pun dikau meraung dan menangis,
Dalam mimpi pun jangan sesekali memberi harapan.

Demi masa,
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian yang nyata,
Sekiranya masa tidak dihargai dan dimanfaatkan,
Maka tiada sebarang kebaikan yang akan dikau perolehi melainkan kerugian,
Sesungguhya dikau tergolong dalam golongan yang amat rugi sekali,
Masa itu nilainya tiada tandingan.

Demi masa,
Sesungguhnya manusia berada dalam kekayaan yang nyata,
Sekiranya masa dihargai dan dimanfaatkan sebaik-baiknya,
Maka amat beruntunglah dikau memperolihi segala manfaatnya,
Sesungguhnya dikau tergolong dalam golongan yang berpendidikan.

emas tidak setanding harganya sekira dibandingkan dengan masa………………………………………………..hargailah MASA..^_^..

Jika Benar

Jika Benar
Hak Milik: A.AZMI

Kau mengucapkan kalimah cinta padaku,
Namun dikau tidak mempunyai niat untuk memiliki,
Kerana kau tidak mahu menjanjikan apa-apa,
Kerana ianya tidak pasti lagi.

Sekiranya benarlah kau jodohku,
Kenalilah aku dari mata hatimu,
Bukan melihatku dari kaca matamu,
Kerana aku tidak perlukan perasaan yang palsu belaka.

Sekiranya benarlah kau jodohku,
Aku ingin mengenalimu dari mata hatiku,
Untuk belajar memahamimu,
Seperti mana dikau mempelajari tentang diriku.

Aku hanya wanita biasa,
Mempunyai pelbagai kerenah dan ragam,
Mungkin kita berbeza dari pelbagai aspek,
Namun ku harap kita saling lengkap-melengkapi.

Aku sedar tentang kebenaran antara kita,
Mungkin agak mustahil untuk kau dan aku,                                                     
Namun kita hanya mencuba,
Kerana jodoh tidak mengenal luaran.

Sekiranya benarlah kau jodohku,
Terimalah aku seadanya,
Kerana aku tidak mampu untuk menjadi seperti Saidatina Fatimah,
Tetapi akan ku cuba menjadi yang terbaik dalam hidupmu.


Sekiranya dikau sudah tersilap membuat perhitungan,
Aku tidak sesekali akan memarahimu,
Kerana sudahmu katakan dahulu,
Kita tidak tahu dengan siapa kita telah berjanji dahulu.

Namun apa yang ku pinta,
Undurkanlah dirimu dengan cara yang berhemah,
Agar ku tidak terasa hati,
Kerana aku hanyalah insan biasa.






Dengan siapakah kita telah berjanji untuk
menjadi teman di dunia dan diakhirat kelak???..




Cinta Pertamaku

Cinta Pertamaku
Hak Milik: A.Azmi

Mataku melilau merata tempat,
Tercari-cari siapakah gerangan pemilik suara itu,
Sesungguhnya telah lama aku nantikan saat ini,
Untuk bertemu dengannya si pemancing hatiku.

Kini saat yang ku nantikan telah tiba,
Tidak sabar rasanya hati ini,
Untuk mengucapkan kalimah cinta padanya.

Di saat aku bertentang mata denganmu,
Di saat aku merasa sentuhanmu,
Di saat aku menerima ciumanmu,
Bergetar jiwaku,
Umpama panahan asmara menembusi jantung hatiku,
Ya Allah,
Inilah Cinta Pertamaku.

Aku telah jatuh cinta,
Benar-benar jatuh cinta,
Bukan sebarangan cinta,
Memang benar kata orang,
Cinta pandang pertama itu wujud,
Cuma kadang-kadang kita sendiri yang tidak menyedarinya.

Wahai Cinta Pertamaku,
Terima kasih kerana setia menungguku selama ini,
Terima kasih kerana telah membawa aku ke dunia ini,
Terima kasih kerana telah menyintai aku sepenuh jiwamu,
Terima kasih kerana menerima aku seadanya,
Terima kasih untuk segalanya,
Wahai Cinta Pertamaku.

Sesungguhnya engkau adalah Cinta Pertamaku hingga ke akhir nafas ini..
Aku cinta pada mu,
Wahai Bonda si pencuri hatiku..