My Fantasy Story

Friday 14 December 2012

Cinta Pertamaku

Cinta Pertamaku
Hak Milik: A.Azmi

Mataku melilau merata tempat,
Tercari-cari siapakah gerangan pemilik suara itu,
Sesungguhnya telah lama aku nantikan saat ini,
Untuk bertemu dengannya si pemancing hatiku.

Kini saat yang ku nantikan telah tiba,
Tidak sabar rasanya hati ini,
Untuk mengucapkan kalimah cinta padanya.

Di saat aku bertentang mata denganmu,
Di saat aku merasa sentuhanmu,
Di saat aku menerima ciumanmu,
Bergetar jiwaku,
Umpama panahan asmara menembusi jantung hatiku,
Ya Allah,
Inilah Cinta Pertamaku.

Aku telah jatuh cinta,
Benar-benar jatuh cinta,
Bukan sebarangan cinta,
Memang benar kata orang,
Cinta pandang pertama itu wujud,
Cuma kadang-kadang kita sendiri yang tidak menyedarinya.

Wahai Cinta Pertamaku,
Terima kasih kerana setia menungguku selama ini,
Terima kasih kerana telah membawa aku ke dunia ini,
Terima kasih kerana telah menyintai aku sepenuh jiwamu,
Terima kasih kerana menerima aku seadanya,
Terima kasih untuk segalanya,
Wahai Cinta Pertamaku.

Sesungguhnya engkau adalah Cinta Pertamaku hingga ke akhir nafas ini..
Aku cinta pada mu,
Wahai Bonda si pencuri hatiku..

No comments:

Post a Comment