My Fantasy Story

Friday 1 April 2011

Kenangan Kita..^_^..

Assalammuailaikum..^_^..
      Apa itu kenangan??? Mestikah semua kenangan itu manis seperti madu??? Adakah peristiwa pahit yang kita lalui tidak layak dipanggil kenangan sama sekali??? Tidak kiralah sama ada kenangan yang kita miliki itu manis bak madu ataupun pahit bak hempedu..kenangan adalah kenangan..^_^..kerana adanya kenangan itulah membuatkan insan itu merasai kewujudan dirinya.
      Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa semua insan hanya ingin memiliki sebuah kenangan yang manis bak madu. Siapalah yang mahukan kenangan yang hanya menyakitkan hati saja. Tapi mampukah kita memiliki semua kenangan itu yang manis-manis saja tanpa ada yang pahit??? Amatlah mustahil untuk kita sebagai manusia biasa tidak mempunyai walaupun sebesar zarah kenangan yang pahit.
      Seandainya suatu hari nanti semua kenangan yang kita miliki ini lenyap dalam sekelip mata, adakah kita akan cuba mencarinya kembali??? Walaupun kenangan itu adalah kenangan yang kita tidak ingin pada masa lampau..kenangan yang cuba kita singkirkan dari hidup kita. Bila kita kehilangannya, kita akan terasa sunyi dan seakan tidak lengkap rasanya diri ini tanpa sebuah kenangan menemani di sisi kita. Kita akan berasa tidak tenteram apabila tidak mengetahui tentang siapa diri kita pada masa lampau. Kenangan itulah yang membuatkan kita mengenali siapa diri kita..walaupun ianya kenangan yang amat kita benci.
      Kenangan adalah sebahagian dari hidup kita dan masa hadapan adalah kenangan baru yang bakal kita ukiri dengan halus dan cantik supaya kita mampu tersenyum apabila mengenangkannya kembali..^_^..jadi hiasilah setiap saat yang dikau ada dengan memori-memori yang indah di mana ianya mampu membuat dikau tersenyum apabila dikau mengimbau kembali kenangan itu.
      Manusia tanpa kenangan samalah seperti manusia yang kehilangan arah..tercari-cari siapa dirinya..

1 comment:

  1. myra....perpisahan itu pasti.. ^.^ pe yg penting jgn la kite delete kenangan tu... itu jele yg menghubungkan kita ngn dia....

    ReplyDelete