My Fantasy Story

Friday 23 September 2011

Azam Masuk Universiti


      Pada 6 September 2011, bermulalah kehidupanku sebagai mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu. Hati ini agak teruja apabila berjaya menyandang gelaran mahasiswi akhirnya. Siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke universiti. Bila sudah menjejakkan kaki ke universiti, mestilah dalam hati ada tersemat azam yang baru. Maklumlah, budak baru masuk universiti.
      Azam baruku sempena berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ialah tidak mahu membayar duit PTPTN. Maksudku ialah aku akan pastikan aku mendapat ‘First High Honour’ bila aku menamatkan pengajianku nanti. Apabila aku berjaya mendapatkan Kelas Pertama, bermaksud aku tidak perlu membayar pinjaman PTPTN setelah tamat pengajian aku. Baguskan azamku ini. Aku berharap sesiapa yang membaca coretanku ini akan mendoakan kejayaanku ini. Amin.

No comments:

Post a Comment