My Fantasy Story

Tuesday 25 June 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Myra Satuka

..Assalammuailaikum kawan-kawan semua..

Setelah berpening kepala membaca resepi yang berlainan dari setiap blogger, akhirnya Myra membuat keputusan untuk mengikut resepi yang ringkas dan mudah sahaja. Bersesuaianlah dengan bahan-bahan yang ada di dapur Myra sekarang ini. Nak kata yang nie aummmm macam asam pedas melaka asli punya entahlah. Bagi Myra asalkan lidah tukang masak yang memasak rasanya sedap, maka sedap la.
Setiap orang lain citarasanya..^_^..

Selamat mencuba...

Bahan-bahan masakan:
  1. Ikan kembung (nak guna ikan lain pun boleh juga)
  2. Cili kering (dikisar)
  3. Bawang putih (dikisar)
  4. Bawang merah (dikisar)
  5. Halia (dikisar)
  6. Kunyit (dikisar)
  7. Bendi (boleh digantikan dengan terung)(Myra tak taruh sebab tak da stok semasa memasak)
  8. Serai (dititik)
  9. Daun kesum (segenggam)
  10. Bunga kantan (2 kuntum)
  11. Garam (secukup rasa)
  12. Gula (secukup rasa) (pilihan)
  13. Belacan (sedikit) (pilihan)(Myra tak taruh sebab nanti hidung gatal-gatal)
 Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan serai yang telah dititik.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga kuning keemasan.
  4. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, gula (tak nak letak pun tak pa, Myra suka letak cikit) dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan bendi pabila masakan telah mendidih.
  7. Tunggu beberapa minit sehingga bendi masak.
  8. Asam Pedas Ikan Kembung telah siap untuk dihidangkan.

***Kuantiti bahan-bahan yang digunakan Myra bajet-bajet je..^_^..

No comments:

Post a Comment