My Fantasy Story

Wednesday 26 June 2013

Cara-cara Elakkan Diri Pengsan

..Assalammuailaikum kawan-kawan..

Myra nak tanya, korang yang tengah membaca post ini ada fobia dengan darah tak..??..
Jikalau YA apa yang korang buat bila tertengok darah mengalir terutama kat badan sendiri..??..
Terus pengsan ke..??..



Tadi Myra tengah kupas kentang kat dapo. Top top terhiris tangan sendiri. Apa lagi, darah pun mengalir la tanpa henti untuk seketika. Alahai la darah, asal la ko keluar. Tak leh ke ko dok diam-diam dalam salur darah tu ha..+_+''..

"Tu la orang tua-tua pesan jangan dok berangan kat dapo tu ha. Kan dah berdarah tangan tu."
"Alahai orang tua-tua sekalian, teman ni ha mana la dok berangan tadi. Top top dah nak terkena nak wat macam mana lagi. Pasrah jela..+_+''.."

Tekak nie dah mula rasa pahit dan loya. Kepala pun dah mula pening-pening. Alamat pengsan dah nak sampai dah tu. Situasi yang sama seperti dulu tapi yang berbezanya dulu siang ikan, sekarang kupas kentang. Alahai la badan, asal la ko lemah sangat ni..+_+''..

Sebelum badan ni rebah bila-bila masa je, bek wat sesuatu. Myra tiba-tiba terbuat tip sendiri untuk mengelakkan diri ini pengsan.

Cara-cara elakkan diri daripada pengsan:
  1. Jangan tengok darah tu lagi. Tekup luka tu dengan tuala bersih.
  2. Jangan dok statik je kat satu tempat. Berjalan-jalan dalam umah tu ha.
  3. Masuk bilik pastu pasang kipas dengan kelajuan penuh dan baring atas katil.
  4. Rehat seketika sampe pening-pening tu hilang.

Inilah yang Myra wat tadi supaya tak pengsan. Bagi sape-sape yang nak amalkan, sila-silalah amalkan ye.

***Selamat membaca..^_^..

No comments:

Post a Comment